E-Learning Matematik (darab) & Advokasi KDB

3 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Mac 2024, Sabtu, NaDi Machan telah mengadakan E-Learning Matematik (darab) & Advokasi KDB. Kelas ini diadakan pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di bilik Latihan NaDi Machan. Kelas ini telah dihadiri oleh 1 orang peserta sekolah rendah.

E-Learning ini memberi latihan Matematik operasi darab. Di pengujung sesi, peserta diberi kuiz berkaitan dengan operasi darab. Dengan adanya e-learning ini, ia lebih menarik minat peserta untuk belajar secara online.

Akhir sekali, peserta juga telah diberi taklimat ringkas Klik Dengan Bijak yang bertajuk Teknologi & Anda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali